Bahan A
500gm plat lasagna
Bahan B
500gm daging ayam hancur / daging hancur (seeloknya daging batang pinang)
3 ulas bawang putih - dicincang
2 biji bawang besar - dipotong kiub kecil
2 biji isi tomato (saya potong kiub aje)
50gm pati tomato (saya pakai sos tomato yg dlm botol-1(cap Life) botol kecil dah cukup)
1 1/2 sudu teh daun basil } klu tak beli yg dlm botol boleh juga beli yg dlm
1 sudu teh daun salam } plastik kecil yg dijual di tesco
1 sudu teh oregano }
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Lada putih secupnya
Bahan C (Sos keju)
90gm mentega
1 sudu makan tepung gandum
800ml susu cair
65gm keju parmesan (disagat) / boleh juga beli yg sudah disagat
Bahan D (Keju topping)
250gm keju mozzarella (disagat) / boleh juga beli yg sudah disagat
200gm keju cheddar (optional)
Cara Memasak
1. Sos daging
Panaskan minyak tumis bahan B spt bawang putih dan bawang besar sehingga keperangan.
Selepas itu mskkan oregano, daun basil dan daun bay.
Tambahkan pati tomato dan mskkan ayam / daging hancur. Tumis sehingga ayam masak.
Tambahkan isi tomato dan mskkan lada putih dan garam secukup rasa. Kacau rata dan
angkat. Ketepikan.
2. Sos keju (Bahan C)
Panaskan mentega didlm periuk hingga cair. Tambahkan tepung gandum dan gaul hingga
sebati. Mskkan susu cair sedikit demi sedikit serta digaul hingga rata. Mskkan keju
parmesan. Kacau rata dan angkat. ketepikan.
3. Lasagna (Bahan A)
Rebuskan flat lasagna pasta sehingga sederhana masak. Angkat dan rendam didlm air
sejuk. Selepas itu tapiskan.
4. Panaskan oven pada suhu 250 darjah celcius
5. Sapu mentega didlm acuan berbentuk empat segi. Susunkan lapisan lasagna, mskkan sos
ayam/daging, letakkan sos keju dan keju mozzarella di atas lapisan sos keju tadi. Letak satu
lapisan lagi flat lasagna pasta dan ulang cara tadi. Buat sekurang2nya 3 lapisan. Bahagian
atas lasagna, ditabur dgn topping keju.
6. Bakar didlm oven selama 15-20 minit.
*Rasanya lebih sedap bila dibekukan kerana lebih mesra dgn bahan2 yg lain.
Selamat mencuba.....



No comments:
Post a Comment